Ahad, 1 Julai 2012

0 SEJARAH EMAS DI DUNIA


Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.

Gambar Ehsan Google
Secara kimia, emas merupakan logam peralihan. Jika dibandingkan dengan logam lain, emas tulen secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid campuran akua regia yang boleh melarutkan emas. Emas juga larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan. Emas juga larut dalam raksa ("merkuri")] dan membentuk sebatian amalgam. Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak dan logam asas dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda.



Emas adalah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009.[1] Ini lebih kurang sama dengan 5.3 bilion ons troy atau, dari segi isipadu ialah sekitar 8.500m³. Penggunaan emas baru di dunia adalah sekitar 50% sebagai barang kemas, 40% pelaburan, dan 10% dalam industri.



Walaupun digunakan terutamanya sebagai simpanan nilai, emas mempunyai banyak kegunaan industri moden termasuk pergigian dan elektronik. Emas digunakan kerana daya ketahanan yang baik terhadap pengakisan dan konduktor elektrik yang sangat bagus.


SIFAT UTAMA EMAS

Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus. Larukan koloid emas pula mempunyai warna berkeamatan tinggi yang biasanya berwarna ungu. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning. Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki². Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.


Gambar Ehsan Google

Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.

Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10% perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan.

Aloi dengan kuprum menghasilkan logam kemerahan, aloi besi berwarna hijau, dan aloi aluminum berwarna ungu. Barang kemas yang dibuat dengan kombinasi emas yang berwarna dijual di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai emas Black Hills.

Keadaan pengoksidaan emas yang biasa termasuk +1 dan +3.

KEGUNAAN LAIN EMAS

Emas tulen adalah terlalu lembut untuk kegunaan biasa, oleh itu logam ini ditambahkan kekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak (argentum), tembaga (kuprum) dan logam-logam lain. Emas dan pelbagai jenis aloi emas biasanya digunakan dalam pembuatan barangan kemas, duit syiling dan sebagai pertukaran perdagangan dalam banyak negara. Selain itu, emas boleh mengalirkan elektrik dengan amat baik dan tahan hakisan. Ini menjadikan emas muncul sebagai logam industri penting pada akhir abad ke 20.

Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.

  1. Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
  2. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
  3. Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
  4. Asid kloraurik digunakan dalam fotografi untuk memberi ton kepada imej perak.
  5. Dinatrium aurothiomalate digunakan dalam rawatan artritis rheumatoid (diberikan secara suntikan intra-otot).
  6. Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
  7. Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
  8. Banyak pertandingan dan penganugerahan, seperti Sukan Olimpik dan Hadiah Nobel, pemenangnya akan meraih pingat emas (manakala perak diberikan kepada naib johan, dan gangsa kepada yang ketiga.)
Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.

DINAR EMAS

Pada 1998, kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan emas sebagai mata wang perdagangan dunia seperti mana yang diperkenalkan semasa zaman Rasulullah dahulu. Emas dipilih kerana sifat kimianya yang stabil dan nilainya yang tidak berubah. Selain itu, dinar emas juga diharap dapat menggantikan pergantungan dunia terhadap Dollar Amerika dan Euro. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia keempat ketika itu, dinar emas tidak akan menggantikan mata wang setempat (sebagaimana Euro), tetapi mata wang ini hanya akan digunakan sebagai mata wang perdagangan antara negara sahaja.




Ahad, 24 Jun 2012

0 PANDANGAN ROBERT T. KIYOSAKI - EMAS DAN PERAK


PANDANGAN ROBERT T. KIYOSAKI - EMAS DAN PERAK

Kejatuhan Harga Emas Menurut Robert Kiyosaki

Robert Kiyosaki adalah pengarang buku terlaris, 'Rich Dad, Poor Dad', "Retire Young Retire Rich" dan lain-lain lagi. 'Rich  Dad, Poor Dad' telah diterjemahkan ke 100 bahasa dan dijual lebih 26 juta naskhah seluruh dunia.

Saya tidak ingin menjual, saya menanti untuk membeli lebih emas dan perak jika harganya terus jatuh.

Robert Kiyosaki
 Robert telah mengulas tentang kejatuhan harga emas yang berlaku dalam bulan ini. Ada dua faktor yang menyebabkan harga emas jatuh.

Pertama, price correction. Emas telah berada dalam bull market sejak 10 tahun yang lalu, jadi harganya perlu jatuh. (Bull market ialah pasaran yang uptrend. Harganya sentiasa naik atau dijangka naik). 

Kedua, kenaikan kadar faedah (interest rate) bon di pasaran Asia (Asia adalah pembeli emas terbanyak, dengan kehadiran pembeli emas terbesar China & India).  Tidak ramai yang menyukai emas dan perak kerana tiadanya kadar faedah. Jadi apabila kadar faedah jatuh, harga emas dan perak naik, maka pelabur akan beralih kepada emas dan perak. Sekarang, kadar faedah di Asia meningkat mendorong sesetengah pelabur emas beralih kepada bon.

Ramai beranggapan gelembung buih (bubble)** China akan meletup dalam pertenggahan atau lewat 2011. Sekiranya buih China meletup, dunia juga akan meletup. Kerana itulah mereka meningkatkan kadar faedah untuk meredakan spekulasi.

Menurut Robert, dia percaya ekonomi dunia akan kekal utuh untuk sekurang-kurang 10 tahun lagi. Maka, beliau memberi galakan supaya sentiasa memberi perhatian kepada harga emas, perak, minyak, makanan dan kadar faedah. "Saya lebih mempercayai harga-harga tersebut berbanding kata-kata pemimpin kita," Robert.

Note : Saya lebih mempercayai emas dan perak daripada mempercayai janji-janji politik.

Beliau turut mengatakan ;


Jongkong Perak
Produk perak  http://publicgold.com.my/ Nota: Produk perak ini tiada kaitan dengan Negeri Perak.
Produk perak ini berbentuk kepingan, murah berbanding emas. Design kurang menarik dan kurang berseri macam gold bar (harganya tetap menarik). Mempunyai kadar kecairan yang rendah kerana tak diterima di ar-rahnu atau pun kedai-kedai emas. Tetapi kenaikan harga perak hanya pencinta perak saja yang tahu.

Siap – Siap !! Sampai Tahun 2020 Harga emas akan membumbung Tinggi ..!!


Pelbagai Emas Barang Kemas Emas 916 Keluaran Public Jewellery Sdn. Bhd.
Website : www.publicjewellery.com.my
Antara Produk Gold Dinar dan Gold Bar Keluaran PublicGold
Website : www.publicdinar.com & www.publicgold.com.my

Inilah Pandangan Robert Kiyosaki Tentang Emas & Perak.. 

Ada sesuatu yang sangat penting di sebalik Emas & Perak..Check This Out ..


"Wang adalah buatan  manusia yg boleh dicetak sesuka hati , Sedangkan Emas & perak adalah ciptaan Tuhan....Rumusannya "Emas Tidak Boleh DiCipta"walaupun beberapa kalipun Saintis berusaha untuk menciptanya.


Emas &  Perak sangat terbatas dan sangat dicari, kerana pertumbuhan penduduk terus menerus sedangkan  emas & perak tidak tumbuh maka itu harga emas dan perak akan selangit ..konsep perdagangan "Permintaan Tinggi, Stok Sedikit Maka Harga Naik Melangit..." dan juga akan berlaku sebaliknya.



Kerana Itu Robert Kiyosaki Menyarankan : 
-Tabunglah emas dan perak dari sekarang !!! Perak bahkan  berupaya menyamai emas karena semakin hari semakin habis !!!

Pandangan JIM ROGERS dalam bukunya HOT COMMODITIES :

  • Harga saham naik selama 20 tahun, berbanding terbalik dengan harga emas
  • 1960 – 1980 : harga  emas, perak  naik drastik  – harga saham mendatar
  • 1980 – 2000 : harga saham naik kencang , harga komoditi turun ( time to buy emas )
  • 2000 – 2020 : harga saham jatuh teruk , meletusnya bubble dotcom di 2007 – 2008 dan harga komoditi naik drastik ( Tahun inilah emas akan jaya – jaya-nya )
  • 2020 – 2040 : Jika sejarah berlanjutan pada tahun 2020 harga komoditi akan jatuh dan harga saham akan naik kencang !!! ( Siap – Siap Taking Profit Emas )
Kita sekarang berada di zaman komoditi cycle tahun 2000 – 2020 dengan jangkaannya emas akan naik terus sampai 2020 (Wawasan 2020).

Ketika pertama saya ikut dalam pelaburan emas ini, saya bermula membeli EMAS PublicGold dengan 1 Dinar (Emas 916) 4.25 gram pada harga RM660.00 pada Mei 2011 sebab masih was was keyakinan dengan pelaburan emas lebih menguntungkan.

Dan terkini sehingga 22 July 2011 harga 1 Dinar (Emas 916) 4.25 gram pada harga RM708.00 dan ini bermakna kenaikan telah berlaku sebanyak 7.2% dalam masa selama 3 bulan menurut kiraan saya.

Kenaikan Harga Emas Dunia dalam 10 Tahun Kebelakangan Ini


 Kenaikan Harga Perak Kebelakangan Ini


Blog Pencen Emas hari ini berkongsi tentang graf kenaikan harga Emas dan Perak untuk para pelabur yang melabur mulai Januari hingga Julai 2011. Bagi mereka yang masih belum percaya atau sangsi dengan graf kenaikan harga emas dan perak di sini saya kongsikan maklumat terperinci peratus kenaikan harga emas dan perak untuk tempoh sehari, sebulan, tujuh bulan dan satu tahun.

PERATUS KENAIKAN HARGA EMAS
Kenaikan Pada 15 Julai 2011 – 0.41%
Kenaikan Pada Bulan Jun – 4.37%
Kenaikan Dari Januari Hingga Kini – 14.73%
Kenaikan Dalam Tempoh 1 Tahun Dagangan (52 Minggu) – 32.23%
Kekuatan Trend Semasa – Strong Bullish 37/50

PERATUS KENAIKAN HARGA PERAK
Kenaikan Pada 15 Julai 2011 – 2.24%
Kenaikan Pada Bulan Jun – 10.85%
Kenaikan Dari Januari Hingga Kini – 27.91%
Kenaikan Dalam Tempoh 1 Tahun Dagangan (52 Minggu) – 114.96%
Kekuatan Trend Semasa – Strong Bullish 31/50

0 PETANDA SEMAKIN JELAS... SUDAH TERANG LAGI BERSULUH


PETANDA SEMAKIN JELAS... SUDAH TERANG LAGI BERSULUH

Penggabungan institusi kewangan bukanlah satu perkara yang asing di Malaysia, kerana ia pernah berlaku selepas negara mengalami kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dahulu. Mengimbas 12 tahun yang lalu iaitu pada Julai 1999, penggabungan institusi kewangan dilakukan bagi mengkukuhkan sektor perbankan negara untuk menghadapi cabaran globalisasi. Kini (2011) situasi sama bukan saja berulang kembali, bahkan ia memberikan satu petunjuk dan isyarat yang perlu kita kaji dan lihat secara mendalam makna tersirat disebaliknya.

Bermula dengan berita BNM memberikan lampu hijau kepada Maybank dan CIMB untuk mengambil alih RHB Capital Bhd, iaitu syarikat induk kepada RHB Bank Bhd. Seterusnya Hong Leong bank pula telah mengambil alih EON Bank. Malah Bank Islam juga turut dikhabarkan akan mengambil alih Bank Muamalat. Nampaknya banyak sungguh bank-bank yang akan bergabung dan diambil alih ketika ini. Kenapa boleh jadi begitu? Adakah negara bakal dilanda kegawatan ekonomi sekali lagi seperti tahun 1997 dahulu??

Situasi tersebut secara tidak langsung memberikan hint atau petanda bahawa kita akan sekali lagi berdepan dengan masalah ekonomi yang paling mencabar di abad ini. Namun kali ini ia dijangkakan akan lebih getir lagi. Dengan mengambil kira kejatuhan nilai dollar, kebanyakan negara yang selama ini menyandarkan nilai matawang mereka kepada USD kini telah mula beralih arah meninggalkan matawang tersebut. Negara-negara seperti China, Russia dan Arab Saudi telah mula mengurangkan kebergantungan terhadap dollar dan memilih emas sebagai sandaran kukuh. Kita di Malaysia juga mesti melakukan perkara yang sama. Sekiranya tambatan nilai ringgit terhadap dollar pada 1997 dahulu masih lagi dikekalkan sehingga ke hari ini, pasti kita akan merasa sedikit lega buat sementara waktu kerana nilai dan kuasa ringgit kita sedikit mengkukuh.

Namun sebaliknya amalan itu telah dimansuhkan pada 21 Julai 2005 dan semenjak itu nilai ringgit ditentukan dengan mengapungkannya secara terurus berbanding beberapa mata wang asing terpilih. Maka terkapai-kapailah nilai ringgit untuk mengejar kuasa belinya yang semakin hilang akibat inflasi dan kejatuhan nilai dollar. Kini USD 1 bersamaan RM 2.99, berbanding ketika 1997 dahulu nilai tambatan ringgit  kepada dollar bersamaan RM 3.80. Lihat betapa jatuh merudumnya nilai dollar. Walaupun ketika ini ekonomi kita kelihatan seperti semakin baik dan nilai ringgit semakin kukuh berbanding dollar, namun hakikatnya kuasa beli Ringgit Malaysia TIDAK PERNAH meningkat, sebaliknya semakin menyusut disebabkan ringgit disandarkan kepada pergerakan nilai semasa dollar yang semakin melemah nilainya.

Apapun nasi sudah menjadi bubur.. kerajaan Malaysia perlu mencari penawar baru bagi menghadapi krisis ekonomi terkini. Sudah tiba masanya untuk kerajaan menerusi BNM menambah semula rizab simpanan emas negara. Rakyat juga mesti digalakkan untuk menabung dengan emas dan perak sama seperti yang telah diamalkan oleh Jepun dan China. Tiada gunanya BNM mahupun bank mega mengumpul asset berbillion-billion ringgit tetapi tidak menyandarkan nilai asset yang berbillion ringgit itu dengan rizab simpanan emas yang banyak di dalam bilik kebal mereka.

BNM dan bank mega di Malaysia seharusnya mencontohi negara China dan Bank of England yang memiliki simpanan bertan-tan emas sekaligus bakal menyelamatkan ekonomi dan kewangan mereka. Tiada cara lain lagi untuk mengukuhkan kedudukan kewangan perbankan dan ekonomi sesebuah negara melainkan dengan memiliki rizab simpanan emas. Tak ada gunanya bergabung untuk menjadi bank yang terbesar dengan memiliki asset yang banyak, kerana yang penting bukannya kuantiti asset yang dimiliki, sebaliknya nilai asset itu sendiri yang lebih penting, terutama asset yang nilainya bersandarkan emas dan perak.

Hakikatnya maksud penggabungan bank ini dalam erti kata lain adalah bertujuan untuk menyelamatkan bank-bank yang menghadapi masalah kewangan atau dalam bahasa kasarnya bank yang akan bankrap. Namun pada masa yang sama penggabungan ini juga dikhuatiri secara tidak langsung akan memudahkan bank-bank asing terutamanya dari kelompok ‘Geng 5’ bank terbesar dunia untuk menguasai dan mengambil alih bank-bank tempatan ini kelak. Gabungan bank-bank tempatan ini boleh kita ibaratkan seperti sekumpulan ikan-ikan kecil di laut, manakala bank asing umpama jerung besar dan ganas yang sedang kelaparan. Jangan nanti kumpulan ikan-ikan kecil ini dingapppp!!! dek jerung yang ganas sudah. Kalau dah kena ngappp!!! sendiri mau ingat laaa apa akibatnya. Lu pikir laa sendiri!!!

Oleh itu kita sebagai rakyat yang boleh dianggap macam ikan bilis nie.. adalah lebih baik kita ngappp dulu apa-apa yang patut sebelum kita dingappp!!! hehehe.. Dasar kewangan anda, hanya anda sendiri yang tentukan. Buat persediaan sewajarnya, jadikan emas dan perak sebagai dasar kewangan peribadi anda. Pindahkan nilai kekayaan dalam bentuk logam bernilai. Jadilah rakyat yang bijak wang. Anda bijak jika memilih emas dan perak sebagai simpanan untuk masa hadapan. Wallahualam.

p/s: Ada maklumat mengatakan terdapat beberapa penggurup wang/money changer di Malaysia tidak lagi menjual dan membeli USD kerana nilainya semakin jatuh.. dia orang yang dah lama main dengan currency pun dah nampak tanda-tanda USD akan collapsed.. siap awal-awal lagi dah lari menyelamatkan diri dari berurus niaga dengan USD...

0 SABDA RASULALLAH SAW 1400 TAHUN DAHULU


SABDA RASULALLAH SAW 1400 TAHUN DAHULU

Rasullah S.A.W bersabda :

Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak.

(Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

0 10 Sebab Kenapa Perlu Melabur Emas Fizikal


10 Sebab Kenapa Perlu Melabur Emas Fizikal

10 Sebab Utama untuk Melabur dalam Emas Fizikal

1) Tiada pelaburan emas yang menawarkan harga pasaran sebenar emas.
2) Emas sering diperkatakan setiap hari.
3) Pelaburan emas adalah selamat.
4) Tiada sebarang krisis kewangan berlaku terutama penukaran wang US Dolar.
5) Emas didagangkan mengikut pasaran antarabangsa.
6) Pasaran emas adalah terkawal tanpa memperdulikan masalah politik semasa, peperangan mahupun bencana alam.
7) Tiada kerugian yang melampau seperti pasaran saham atau bon.
8) Emas adalah pelaburan yang boleh mengelakkan inflasi berlaku.
9) Emas sentiasa diminta hingga menyebabkan pemintaan yang tinggi.
10) Emas sudah diperkakui sejak turun temurun lagi.

Saturday, November 6, 2010


Tip Memilih Pelaburan Yang Selamat - Robert T Kiyosaki


Jika anda mengurus dana anda mengikut prinsip yang betul + bijak, maka peluang untuk anda meraih keuntungan hasil dari pelaburan anda amat tinggi.

Caranya? " Jangan letakkan kesemua telur di dalam satu bakul ".
Bermakna anda perlu membahagikan (Diversify) dana pelaburan anda kepada beberapa bentuk pelaburan mengikut nisbah risikonya.

Mengikut konsep "Diversify Fund Allocation" yang didedahkan oleh Robert T. Kiyosaki, beliau membahagikan dana pelaburannya seperti berikut :

80% - Pelaburan fizikal Emas & Perak (Low Risk)
10% - Pelaburan dalam Saham (Medium Risk)
5% - Pelaburan dalam Stock, Komoditi, Futures (High Risk)
5% - Tunai dalam tangan

"Diversify Fund" bermaksud pembahagian dana (wang), iaitu hasil daripada simpanan / pendapatan bulanan anda. Katakan pendapatan bulanan / simpanan anda sebanyak RM 10,000.00, maka anda perlu bahagikan mengikut konsep seperti diatas.

Jangan keliru diantara "Diversify Fund Allocation & Diversify Portfolio Investment".

Khamis, 21 Jun 2012


Apakah Pelaburan Emas?

Apa Itu Pelaburan Emas? 
Emas merupakan logam yang sangat istimewa. Warnanya yang menarik serta kesukaran mendapatkannya menyebabkan ia dianggap bernilai oleh manusia. Selain daripada dijadikan barang kemas emas juga menjadi penyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak akan hilang nilainya.
Justeru, menyimpan emas sebagai satu pelaburan merupakan tindakan yang amat bijak. Ini kerana nilainya sentiasa meningkat di dalam jangka masa panjang. Pelaburan Emas ialah membuat pelaburan dengan menggunakan emas. Emas ini boleh jadi dalam bentuk fizikal atau membuka akaun simpanan emas di bank. Emas dalam bentuk fizikal terdiri daripada dinar emas, jongkong emas dan barang kemas.

Kenapa Emas?
1.    Emas ialah lambang kekayaan sebenarnya.
Emas tetap bernilai dalam apa jua bentuk, syiling, jongkong atau serbuk.
2.    Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Emas ialah komoditi, jadi akan ada naik dan turun harga setiap hari. Tetapi, setiap 12 bulan anda akan dapat rasai kehebatannya.
3.    Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang.
Inflasi adalah kesan kepada jatuhnya nilai matawang. Harga emas tidak akan terkesan dengan kejatuhan ini.
4.    Aset cair.
Emas adalah aset cair yang terunggul. Anda boleh menukar dengan wang tunai dalam masa 30 minit sahaja.
5.    Ia tidak boleh dimanipulasikan.
Memandangkan emas perlu melalui proses carigali dan diproses, emas tidak boleh dimanipulasi atau ditambah sesuka hati oleh pemerintah. Jadi harga emas tidak akan dimanipulasi.

Bagaimana Mendapat Keuntungan?
1.    Beli Emas untuk disimpan, dijual pada harga tinggi.
2.     Beli Emas untuk dipajak.
3.    Beli Emas untuk diniaga.

Itu adalah perkara asas yang perlu diketahui bagaimana pelaburan ini boleh memberi anda pulangan. Perlu diingatkan bahawa pelaburan emas adalah satu pelaburan jangka panjang. Tempoh yang sesuai untuk melihat keuntungan ialah selepas 12 bulan kerana emas ialah komoditi, jadi setiap hari akan ada turun dan naik harga. Kita sebagai pelabur emas boleh menggunakan kesempatan ini untuk membeli pada harga rendah dan tunggu harga emas akan tinggi selepas 12 bulan.

Pelaburan emas menggunakan konsep beli dan tunggu. Harga emas akan sentiasa naik, dan anda akan menjadi golongan yang beruntung sekiranya anda mempunyai stok emas yang banyak ketika harga sedang melambung naik. Jadi, teruskan niat anda untuk membeli emas!
Trend Harga Emas Setahun

Keuntungan Pelaburan Emas ialah 30% setahun, berbanding dividen yang diberikan oleh Amanah Saham Bumiputra iaitu 7.50% + bonus 1.25% setahun. Nilai 30% dikira daripada harga emas semasa, jadi pendapatan akan bertambah setiap tahun!

Mengapa anda perlu membeli emas?
Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang. Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.

Harga Emas dunia 10 tahun
Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:
Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)
Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)

Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun! Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun)

Pelaburan Emas Secara Fizikal.
Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barangan kemas



Bagi memaksimumkan keuntungan pelabur disarankan untuk membeli emas fizikal di dalam bentuk syiling emas dan jongkong emas. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah
* Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%)

Rabu, 20 Jun 2012


Perbandingan Emas Pelaburan yang SAH di Malaysia (Updated)


Perbandingan / ComparisonTerdapat beberapa pembaca yang mahu saya catatkan sedikit analisis berkenaan untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat.
Kijang Emas
Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu.
Spread 1oz (4%), 1/2oz (6%), 1/4oz (8%) (source BNM Website)
Tidak boleh lock harga.
Tidak boleh booking.
Perlu dapatkan sendiri di Maybank.
Stok sering habis.
Al-Rajhi Bank
Kiraan spread:
  1. 10 gram – 14.24%
  2. 20 gram – 12.74%
  3. 50 gram – 12.55%
  4. 100 gram – 12.08%
  5. 500 gram – 9.39%
  6. 1kg – 8.31%
  • Tidak boleh lock harga
  • Plastik tidak boleh dibuka
  • Tidak boleh calar
  • Resit mesti dibawa sekali
UOB Bank
Boleh dibeli di UOB Utama sahaja.
  1. Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
  2. Perlu dapatkan sendiri di OUB office hour 9:00 pagi – 4.30 ptg
  3. Stok selalu habis
  4. Mesti bawa resit asal masa jual balik
  5. Tidak boleh buka sarung
  6. Tidak beli semula jika tercalar.
Pamp Suisse
  • Boleh dibeli di kedai emas tertentu. Kalau di Kuching ada dijual di Kedai Habib Jewel, Spring
  • Spread antara 10%-30% mengikut kedai.
  • Kalau buka sarung akan tolak harga.
  • Kalau emas minting ada workmanship cost & kalau emas casting tidak ada workmanship cost




Kuwait Finance House Gold
Kekurangan KFH Gold Account-i
  • Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya mempunyai ketulenan 999.9 .
  • Spread RM5 segram (sederhana tinggi)
  • Cawangan yang terhad
  • Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
  • Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
  • Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate, jadi anda tak boleh membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang.
  • Jika boleh digadai sekalipun akan menggunakan rate emas 950 sahaja =)
Bunga Raya
  1. Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja.
  2. Spread 15%-25%.
  3. Buka sarung tolak harga.

Barang Kemas
  • Boleh dibeli di mana-mana kedai emas.
  • Harga tinggi berbanding pasaran.
  • Spread 20%-40%
  • Tidak di consider atau dikategorikan sebagai emas pelaburan
Public Gold, Public Dinar, Public Silver & Public Jewelleries
  • Boleh dibeli daripada mana-mana agen di seluruh Malaysia.
  • Spread 5%-6% sahaja
  • Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama.
  • Boleh booking dan lock harga 24 jam.
  • Independent Assayer yang SAH di Malaysia
  • Emas 999.9 – 20g, 50g, 100g & 250gram
  • Dinar Emas – 1 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar
  • Jongkong Perak – 250gram, 500gram & 1 kilogram
  • Barang Kemas
  • Dirham
So terfikir nak beli yang mana satu dah? Hubungi saya 019-6531935  jika anda berminat membeli emas Public Gold =)
 

Hujan Emas Copyright © 2011 - |- Template created by PeNgembara - |- Powered by PeNgembara