Ahad, 10 Jun 2012




Apa Itu Emas?

Apa Itu ?

Emas, sebenarnya sudah dikenal pasti sejak 40 ribu tahun sebelum Masehi. Peristiwa itu bermula dengan penemuan emas dalam bentuk kepingan di Sepanyol. Pada saat itu, kepingan emas telah digunakan oleh manusia purba yang bernama Paleiothic Man. Ada juga yang mengatakan bahawa emas pertama ditemukan oleh masyarakat Mesir Kuno sekitar 3000 tahun sebelum masehi.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) untuk digunakan."

Hadith riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal




Keperluan Memiliki Emas.

Kenapa perlu beli atau simpan emas? Jika persoalan itu bermain di minda anda, memang sah anda perlu memiliki emas.
Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang.
4. Aset yang terunggul.
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan.
6. Kenaikan harga emas melebihi 40% dalam setahun.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Hujan Emas Copyright © 2011 - |- Template created by PeNgembara - |- Powered by PeNgembara