Khamis, 21 Jun 2012


Apakah Pelaburan Emas?

Apa Itu Pelaburan Emas? 
Emas merupakan logam yang sangat istimewa. Warnanya yang menarik serta kesukaran mendapatkannya menyebabkan ia dianggap bernilai oleh manusia. Selain daripada dijadikan barang kemas emas juga menjadi penyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak akan hilang nilainya.
Justeru, menyimpan emas sebagai satu pelaburan merupakan tindakan yang amat bijak. Ini kerana nilainya sentiasa meningkat di dalam jangka masa panjang. Pelaburan Emas ialah membuat pelaburan dengan menggunakan emas. Emas ini boleh jadi dalam bentuk fizikal atau membuka akaun simpanan emas di bank. Emas dalam bentuk fizikal terdiri daripada dinar emas, jongkong emas dan barang kemas.

Kenapa Emas?
1.    Emas ialah lambang kekayaan sebenarnya.
Emas tetap bernilai dalam apa jua bentuk, syiling, jongkong atau serbuk.
2.    Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Emas ialah komoditi, jadi akan ada naik dan turun harga setiap hari. Tetapi, setiap 12 bulan anda akan dapat rasai kehebatannya.
3.    Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang.
Inflasi adalah kesan kepada jatuhnya nilai matawang. Harga emas tidak akan terkesan dengan kejatuhan ini.
4.    Aset cair.
Emas adalah aset cair yang terunggul. Anda boleh menukar dengan wang tunai dalam masa 30 minit sahaja.
5.    Ia tidak boleh dimanipulasikan.
Memandangkan emas perlu melalui proses carigali dan diproses, emas tidak boleh dimanipulasi atau ditambah sesuka hati oleh pemerintah. Jadi harga emas tidak akan dimanipulasi.

Bagaimana Mendapat Keuntungan?
1.    Beli Emas untuk disimpan, dijual pada harga tinggi.
2.     Beli Emas untuk dipajak.
3.    Beli Emas untuk diniaga.

Itu adalah perkara asas yang perlu diketahui bagaimana pelaburan ini boleh memberi anda pulangan. Perlu diingatkan bahawa pelaburan emas adalah satu pelaburan jangka panjang. Tempoh yang sesuai untuk melihat keuntungan ialah selepas 12 bulan kerana emas ialah komoditi, jadi setiap hari akan ada turun dan naik harga. Kita sebagai pelabur emas boleh menggunakan kesempatan ini untuk membeli pada harga rendah dan tunggu harga emas akan tinggi selepas 12 bulan.

Pelaburan emas menggunakan konsep beli dan tunggu. Harga emas akan sentiasa naik, dan anda akan menjadi golongan yang beruntung sekiranya anda mempunyai stok emas yang banyak ketika harga sedang melambung naik. Jadi, teruskan niat anda untuk membeli emas!
Trend Harga Emas Setahun

Keuntungan Pelaburan Emas ialah 30% setahun, berbanding dividen yang diberikan oleh Amanah Saham Bumiputra iaitu 7.50% + bonus 1.25% setahun. Nilai 30% dikira daripada harga emas semasa, jadi pendapatan akan bertambah setiap tahun!

Mengapa anda perlu membeli emas?
Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang. Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.

Harga Emas dunia 10 tahun
Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:
Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)
Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)

Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun! Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun)

Pelaburan Emas Secara Fizikal.
Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barangan kemas



Bagi memaksimumkan keuntungan pelabur disarankan untuk membeli emas fizikal di dalam bentuk syiling emas dan jongkong emas. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah
* Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Hujan Emas Copyright © 2011 - |- Template created by PeNgembara - |- Powered by PeNgembara